Selasa, 28 April 2009

Cenderamata Seikhlas Hati, Seribu Kenangan

Setiap kali ada majlis keramaian, majlis perkahwinan, dan majlis sambut menantu, tentunya kita akan membawa pulang sedikit cenderamata sebagai kenangan.

Kalau boleh cenderamata itu boleh bertahan sampai ke anak cucu. Kadang-kadang majlis boleh jadi meriah apabila tetamu dengan senang hati menerima cenderamata istimewa yang mana nanti mereka boleh mendoakan kita dek keikhlasan kita memberi penghargaan yang sedikit itu kepada mereka.
Kami di Ilham Fannur ini ada m
enyediakan perkhidmatan yang boleh menggembirakan hati mana-mana pasangan pengantin yang hendak mendirikan rumah tangga. Mug beserta gambar pengantin di majlis perkahwinan sudah tentunya akan lebih diingati dan di jadikan perhiasan rumah yang sungguh istimewa.
Kenapa tak cuba sekarang? Hubungi kami untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.







Isnin, 27 April 2009

Perutusan Raja Sehari

Ilham Fannur menawarkan khidmat membuat kad undangan yang unik, terkini, kreatif dan memenuhi bajet anda buat bakal-bakal pengantin. Yang bestnya, kami akan memberikan bunting pengantin percuma berukuran 5' x 2' yang direkabentuk khas buat anda yang menempah kad undangan atau beg kertas pengantin melebihi RM500.00.

Kami menyediakan kad undangan bermula dari yang badjet sehingga ke kelas VIP.

Klik pada versi kad undangan untuk melihat pilihan jenis, warna dan harga

Versi VIP
Versi Eksklusif
Versi Tradisi
Versi Poket
Versi Harmoni
Versi Ekonomi

"Jangan takut pada halilintar, jangan takut pada awan hitam..."

Jangan Takut Pada Halilintar, Jangan Takut Pada Awan Hitam

Semalam saya menghadiri satu perjumpaan di Pentas 125 di AIC Club House, Seksyen 17 PJ. Turut menghadiri pada malam itu adalah Pak Samad Said kita, Sasterawan Rakyat di hati kita. Alhamdulillah, dapat juga saya bersua muka dengan beliau. Bersemangat membara di hati apabila mendengar beliau mendeklamasikan sajaknya. Turut memeriahkan suasana pada malam itu, Meor, Black dan Rahmat. Tetapi apa yang menarik hati saya adalah 2 guru Bahasa Inggeris meluahkan suara hati mereka dengan lagu puisinya..."Jangan takut pada halilintar, jangan takut pada awan hitam..." itu adalah sedikit petikan yang dapat saya ingat dalam persembahan mereka. Teringin nak cari album penuh mereka. Nak hayati sepenuhnya... Sungguh saya tak pasti nama penyanyinya, tapi rasanya macam Fifi. Betul ke, semalam tak sempat tanya.

Apapun, saya tetap pencinta seni dan apa yang penting, saya pencinta Bahasa dan Budaya Melayu... "HIDUP BAHASA MELAYU"