Isnin, 27 April 2009

"Jangan takut pada halilintar, jangan takut pada awan hitam..."

Jangan Takut Pada Halilintar, Jangan Takut Pada Awan Hitam

Semalam saya menghadiri satu perjumpaan di Pentas 125 di AIC Club House, Seksyen 17 PJ. Turut menghadiri pada malam itu adalah Pak Samad Said kita, Sasterawan Rakyat di hati kita. Alhamdulillah, dapat juga saya bersua muka dengan beliau. Bersemangat membara di hati apabila mendengar beliau mendeklamasikan sajaknya. Turut memeriahkan suasana pada malam itu, Meor, Black dan Rahmat. Tetapi apa yang menarik hati saya adalah 2 guru Bahasa Inggeris meluahkan suara hati mereka dengan lagu puisinya..."Jangan takut pada halilintar, jangan takut pada awan hitam..." itu adalah sedikit petikan yang dapat saya ingat dalam persembahan mereka. Teringin nak cari album penuh mereka. Nak hayati sepenuhnya... Sungguh saya tak pasti nama penyanyinya, tapi rasanya macam Fifi. Betul ke, semalam tak sempat tanya.

Apapun, saya tetap pencinta seni dan apa yang penting, saya pencinta Bahasa dan Budaya Melayu... "HIDUP BAHASA MELAYU"

0 comments: